Thursday, September 9, 2010

Memajak di Agrobank Ar Rahnu Kuantan

Assalamualaikum dan salam ramadhan untuk semua pembaca blog. cuma nak berkongsi pengalaman pertama saya mengadai emas Public Gold di Agrobank cawangan Kuantan. Menurut staff di sana, Agrobank Kuantan baru sahaja menerima gold bar sebagai emas gadaian semenjak minggu lepas. Sebelum ini, hanya barang perhiasan sahaja diterima.

Setelah mendapat tahu Agrobank sedang membuat promosi upah simpan serendah RM0.60 untuk pinjaman sebanyak 70%, terus saya pergi ke Agrobank untuk merasa sendiri pengalaman pertama untuk mengadai emas. Harga segram ditawarkan ialah RM 148.50 sama seperti dalam post saya sebelum ni. Perkiraan nya adalah seperti di bawah:


Berat: 20 g
Nilai Marhum: RM 2970.00
Nilai 70%: RM 2079.00
Upah Simpan untuk 6 bulan: RM 106.92



Menurut staff Agrobank itu lagi, tempoh gadaian pertama adalah 6 bulan, gadaian kedua adalah selama 3 bulan (upah simpan untuk gadaian pertama perlu dibayar terlebih dahulu) dan seterusnya 6 bulan (upah simpan untuk gadaian kedua diselesaikan dahulu). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Puan Aloni Syed di 09-5156 853/ 5156 344 Agrobank Cawangan Kuantan.


Cukup untuk kali ini. Selepas ini mungkin akan datang ke Agrobank untuk gadaian seterusnya. 


No comments:

Post a Comment