Sunday, August 22, 2010

Pelaburan Emas Manakah Yang Terbaik?

Memandangkan tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini, maka saya berikan panduan umum berkenaan pelaburan emas yang baik / sesuai untuk anda. Harap-harap lepas nie terjawablah semua persoalan anda.Memandangkan tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini, maka saya berikan panduan umum berkenaan pelaburan emas yang baik / sesuai untuk anda. Harap-harap lepas nie terjawablah semua persoalan anda.
.
Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum membeli emas / membuat pelaburan emas ialah samada anda suka emas fizikal atau tidak?
.
  • Modal anda besar atau kecil?
  • Ada masalah menyimpan tak?
.Posting ini adalah panduan asas semata-mata, anda boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran sama ada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.
.1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?
.Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:
.1. Syiling emas
2. Gold bar
.
Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.
.
Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibelidan dijual balik.
.Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz). Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada: 
.
- Canadian gold Maple Leave
- Australian Nugget
- Singapore gold coin 

.Pilihan ketiga:

a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya) 
.
Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)

.
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia. Mudah diperolehi di kedai emas. 
.Pilihan keempat:
.
Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)
.
Sebab: Kos yang murah, kualiti emas 22K. Mudah dibeli dan dijual. 
.Tip : Kalau anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil, saya cadangkan anda beli Dinar Emas Public Gold / Kelantan sebagai pilihan pertama. .

Tip : Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.
Jawapan: Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas. Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di Malaysia iaitu:


.1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account


Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.

Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00) 
.Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook

Tip : Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.

No comments:

Post a Comment